Rajasekaren teliti aduan anjing liar berkeliaran

SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G. Rajasekaren telah turun padang bagi meneliti aduan anjing liar yang berkeliaran di kawasan-kawasan perumahan.
Rajasekaren berkata, terdapat tiga insiden yang telah berlaku setakat ini.
“Ada yang digit dan juga dikejar anjing liar tersebut.
“Saya telah mengadakan perbincangan bersama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) untuk memaklumkan situasi dan meminta tindakan pantas dilakukan.

“Saya juga telah menghubungi Persatuan Pencinta Haiwan seperti NS Happy Paws yang berdekatan untuk memohon kerjasama mereka dalam menangani isu ini dengan pendekatan yang lebih efektif dan berperikemanusiaan,” kata Rajasekaren.
Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan mengenai isu anjing liar boleh berhubung dengan Ahli Majlis di bawah:
1. Encik Izzat : 017-2230700
2. Puan Asha : 012-2231299
3. Encik Faizal : 019- 3848089
4. Tuan Seagaran: 013- 2751297
5. Encik Kalitas : 017- 6511626



