
SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dato’ Dr. G. Rajasekaren telah turun padang bagi menziarahi Puan Rosnah Samuri yang merupakan seorang warga emas di Kampung Paya.
Rajasekaren berkata, rumah milik Puan Rosnah kelihatan agak uzur dan memerlukan pembaikan segera demi memastikan keselesaan serta keselamatan beliau.
“Sayu hati melihat keadaan rumah mak cik yang agak uzur dan memerlukan pembaikan segera demi keselesaan dan keselamatan beliau.
“Saya telah membuat aduan serta rujukan rasmi kepada Pejabat Tanah Daerah (PTD) Port Dickson bagi memohon kerja-kerja pembaikpulihan rumah tersebut dapat dilaksanakan secepat mungkin.
“Ini bagi memastikan pembaikpulihan dapat dilakukan dengan segera agar Puan Rosnah dapat tinggal dalam keadaan yang lebih selesa dan selamat.
“Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyalurkan maklumat kepada kami supaya bantuan dapat disalurkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas meluangkan masa menziarahi keluarga Puan Rosnah baru-baru ini bagi melihat sendiri keadaan kediaman warga emas berkenaan.



