Berita
RM5.5 juta bantu 463 Rumah Ibadat Bukan Islam
SEREMBAN: Inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan mewujudkan Akaun Amanah Hal Ehwal Bukan Islam telah berjaya membantu 463 Rumah Ibadat Bukan Islam di seluruh negeri ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sejak penubuhannya dana berjumlah RM5.5 juta telah disalurkan.
“Bagi tahun ini, sebanyak 65 buah Rumah Ibadat telah dibantu sehingga Jun.
“Sebelum tahun 2019, tiada peruntukan khusus seperti ini.
“Oleh itu, saya berharap agar peruntukan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya bagi golongan Bukan Islam,” kata Aminuddin.