Berita

Seremban dan Port Dickson mendahului Kejohanan Piala Tuanku 2026

SEREMBAN: Pasukan Seremban dan Port Dickson kini mendahului dalam Kejohanan Piala Tuanku 2026 apabila menang kedua-dua perlawanan pada minggu pertama dan kedua kejohanan setakat ini.

Pada perlawanan pertama, Seremban menewaskan Rembau dengan keputusan 2-0 di Pusat Latihan PBNS, Seremban.

M.Bilal Benyamin menjaringkan gol pada minit ke 12 dan M.Hakim Hafie mengandakan jaringan pada minit ke 45.

Pada perlawanan kedua yang berlangsung di Stadium Mini Bahau, Seremban berpesta gol apabila menang 7-0 ke atas tuan rumah Jempol.

Gol Seremban dijaringkan oleh Aiman Asyraf pada minit ke 42 dan 45 + 1. Amirul Azmi (52′ dan 87′), Danial Zulkarnaim (57′), Syed Jaafar (60′) dan Afiq Izzudin (90′ + 2′).

Port Dickson pula pada perlawanan pertama menumpaskan Kuala Pilah dengan jaringan 3-1 di Padang Kilat Port Dickson.

Gol Port Dickson dijaringkan oleh Putra Daniel pada minit ke 6, Fakhri Haidhar (45’+ 1′), Ammar Irham (49′); sementara gol tunggal Kuala Pilah dijaringkan oleh Iskandar Izuan pada minit ke 37.

Pada perlawanan kedua, Port Dickson menewaskan Jelebu 5-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Mini Kuala Klawang.

Gol Port Dickson dijaringkan oleh Raif Rusyaidi pada minit ke 28, K. N. Yogin Raj (31′), Adib Fahri (44′ dan 85′) dan Fakhri Haidhar (54′).

Dalam pada itu Jelebu menewaskan Tampin 2-1 di Stadium Mini Kuala Klawang dengan gol dijaringkan oleh Nik Norfarez pada minit ke 61 dan Hasanudin A.Hadi pada minit ke 68.

Tampin bangkit pada perlawanan kedua di Stadium Mini Tampin dengan kemenangan tipis 1-0 menewaskan Kuala Pilah dengan jaringan gol Hazwan Haziq pada minit ke 88.

Show More

Related Articles

Back to top button