Berita

Siswazah zahir penghargaan kepada Kerajaan Negeri

SEREMBAN: Siswazah yang menerima Anugerah Pelajar Cemerlang menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri dan Yayasan Negeri atas anugerah yang diberikan kepada mereka.

Mohd Rashdan Akhtar yang merupakan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun berkata, anugerah yang diberikan membuatkan para pelajar rasa dihargai oleh Kerajaan Negeri sendiri.

“Oleh itu, saya berharap saya dapat memberi semula (ilmu dan tenaga) kepada Kerajaan Negeri sebagai cara untuk membalas budi mereka.

“Saya juga merasakan bahawa inisiatif ini sewajarnya diteruskan pada masa akan datang kerana ia dapat memberi motivasi kepada para pelajar untuk belajar dengan lebih tekad dan semangat.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri, Yayasan negeri Sembilan dan juga kepada TokMin kerana memberi penghargaan ini kepada saya,” kata Mohd Rashdan.

Dalam pada itu, hasil temu ramah beberapa orang pelajar lagi rata-rata mereka turut memberikan reaksi yang sama.

“Saya gembira dengan anugerah yang diberikan ini, dan saya rasa ia perlu diteruskan pada tahun mendatang. Terima kasih TokMin!,” kata Nurin Nadhira Mohd Ismail, graduan UiTM Puncak Alam.

“Saya amat berterima kasih kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri, kerana anugerah ini buatkan saya rasa dihargai,” ujar Rebecca Gan, graduan Universiti Malaysia Terengganu.

“Saya amat berbangga terima anugerah ini, kerana jarang menerima anugerah seperti ini. Kepada MB, Kerajaan Negeri, dan Yayasan Negeri Sembilan saya mengucapkan ribuan terima kasih atas penghargaan ini,” kata Abu Hurairah, graduan Universiti Sains Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button