Berita

Permohonan TUNS akan dibuka 16 Januari ini

Permohonan Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) akan dibuka pada 16 Januari ini.

Ini merupakan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan bagi membantu penjaja atau peniaga kecil di negeri ini dengan bantuan pembiayaan dalam bentuk geran yang berjumlah Rm3,000.

Berikut syarat asas permohonan:

a) Warganegara Malaysia dan anak Negeri Sembilan/pengundi Negeri Sembilan.

b) Pendaftaran perniagaan di SSM sebelum 1 Oktober 2022.

c) Penjaja atau peniaga kecil yang mencatatkan jualan kurang daripada RM100,000 setahun.

d) Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan.

e) Tidak berstatus muflis.

f) Tidak pernah menerima TUNS.

Untuk maklumat lanjut boleh layari http://www.tuns.my/

Show More

Related Articles

Back to top button