Berita

Negeri Sembilan mampu capai pelaburan RM35 bilion tahun depan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan yakin bahawa menjelang tahun depan mampu mencapai jumlah pelaburan sebanyak RM35 bilion.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri berjaya memperoleh pelaburan sebanyak RM8.1 bilion sejak Januari hingga Julai lalu.

“Ini menjadikan keseluruhan jumlah pelaburan sejak 2018 hingga tahun lalu sebanyak RM23.5 bilion berbanding RM18 bilion pada tahun 2011 hingga 2017.

“Sasaran RM35 bilion boleh dicapai melalui pelbagai bentuk pelaburan berimpak tinggi dalam pelbagai sektor seperti aeroangkasa, pembangunan maritim dan semikonduktor.

“Antara contoh pelaburan berimpak tinggi yang akan direalisasikan adalah pusat pemasangan helikopter di Lembah Wawasan Malaysia 2.0 (MVV 2.0).

“Pelaburan ini bukan sahaja mampu merancakkan ekonomi, malah berupaya menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat di Negeri Sembilan dan dapat meningkatkan taraf hidup mereka,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button