Berita

Aduan pencemaran bunyi dapat perhatian Rajasekaran

SRI TANJUNG: Aduan pencemaran bunyi oleh penduduk Taman NLFCS mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung, YB Dr.Rajasekaran.

Rajasekaran berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan wakil Taman NLFCS, Encik Marimuthu; Plant Manager PD Power Plant (Malakoff), Encik Lokman dan Pengerusi JPKK Kampung Paya, Puan Vagidah.

“Aduan bunyi bising ini akibat robohan bangunan Malakoff Power Plant.

“Hasil perbincangan ini, persetujuan telah dicapai bahawa kerja-kerja ‘hacking’ (kerja-kerja memecahkan dinding bangunan) akan selesai pada Sabtu ini.

“Di samping itu pegawai penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar akan memantau dan memastikan pihak Malakoff mematuhi Standard of Procedure (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan pencemaran bunyi dan getaran berlebihan.

“Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson, Puan Aishah juga akan memantau kerja-kerja ‘hacking’ tersebut,” kata Rajasekaran.

Show More

Related Articles

Back to top button