Berita

Tujuh premis perindustrian dikompaun Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan

SEREMBAN: Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) telah melakukan Ops Burung Hantu bagi memantau premis perindustrian di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, ia bagi memastikan setiap premis ini mematuhi undang-undang dari segi suhu, pH pelepasan efluen, bau dan asap hitam.

“Sebanyak tujuh daripada 10 premis telah dikompaun kerana tidak mematuhi perundangan alam sekitar yang berjumlah RM36,000.

“Besarlah harapan saya agar, pemantauan berterusan sentiasa dilakukan supaya pencemaran alam sekitar di Negeri Sembilan dapat dikurangkan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button