BeritaProgram

Taman Tasik Seremban Fun Walk 2026 pada 25 Julai ini

SEREMBAN: Pejabat Exco dan Belia Negeri Sembilan dengan kerjasama RBC (NGO) akan mengadakan Taman Tasik Seremban Fun Walk 2026 pada 25 Julai ini.

Pemangku Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, beliau mengalu-alukan penganjuran program ini kerana Taman Tasik Seremban sudah menaik taraf kemudahan di taman rekreasi dan riadah ini.

“Ramai netizen memuji kerana Taman Tasik Seremban kini lebih ceria, lebih terang dari segi pencahayaan pada waktu malam.

“Kalau hendak jogging pada waktu malam pun dah tak takut sebab trek jogging dah ada pencahayaan.

“Majlis Bandaraya Seremban telah memberikan tanggungjawab kepada Putrajaya Holdings untuk menguruskan Taman Tasik Seremban termasuk mengendalikan paddle boat, Laman Basikal dan Taman Orkid.

“Saya berharap orang ramai dapat menyertai Taman Tasik Seremban Fun Walk 2026 untuk lebih mengenali ikon pelancongan ini serta menjadi Duta Kecil mempromosi Taman Tasik Seremban sempena Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026,” kata Nicole Tan yang juga Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan.

Maklumat program Taman Tasik Seremban Fun Walk 2026:

TARIKH: 25/07/2026 (Sabtu)
MASA: 4:30 petang
TEMPAT: Taman Tasik Seremban

Yuran: RM15 sahaja (termasuk T-shirt)

Tempat terhad: Siapa cepat dia dapat.

Daftar sekarang: https://forms.gle/aN51evwJ6Um8ziAm8 atau hubungi Encik Chee Hoo: 019-971 6822.

 

Show More

Related Articles

Back to top button