Berita

Teo saksi MoU antara SPD Tech Valley dan Accton Technology Malaysia

SEREMBAN: Exco Perindustrian dan Hal Ehwal bukan Islam, Teo Kok Seong telah menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian antara Seri Pajam Development (SPD) Tech Valley dan Accton Technology Malaysia.

Teo berkata, perjanjian tersebut merupakan satu langkah penting dalam bidang teknologi dan pembangunan industri di negeri ini.

Ia bukan sahaja memacu pertumbuhan industri berteknologi tinggi tempatan.

“Malah, ia turut meningkatkan daya saing serta tarikan Negeri Sembilan dalam peta pelaburan serantau.

“Selain itu, Kerajaan Negeri akan terus memainkan peranan sebagai pemangkin aktif, komited dalam mewujudkan persekitaran pelaburan yang lebih kondusif, menarik lebih banyak syarikat berkualiti untuk melabur di Negeri Sembilan.

“Seterusnya ia juga meransang pertumbuhan ekonomi, mewujudkana lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi manfaat kepada rakyat.

“Kita juga berharap akan lebih banyak kerjasama seumpama ini pada masa hadapan bagi menyuntik momentum baharu kepada pembangunan di negerir ini,” kata Teo.

Show More

Related Articles

Back to top button