BeritaYB Kita

Terima kasih Seremban Jaya

Saya, Dato’ P. Gunasekaren, mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya (N24), ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada seluruh penduduk DUN Seremban Jaya atas sokongan padu, kepercayaan serta kerjasama yang telah diberikan kepada saya sejak tahun 2008 hingga kini, 2026.

Sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai wakil rakyat, saya sentiasa berpegang kepada prinsip berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan budaya.

Saya akan terus turun padang mendengar suara rakyat, membantu menyelesaikan masalah masyarakat serta memperjuangkan kebajikan semua penduduk di kawasan Seremban Jaya.

Segala sokongan dan amanah yang diberikan amat saya hargai dan menjadi kekuatan untuk saya terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, keikhlasan dan tanggungjawab demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan kawasan kita bersama.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin masyarakat, NGO, sukarelawan, rakan seperjuangan dan seluruh warga Seremban Jaya yang sentiasa bersama saya dalam setiap usaha membangunkan komuniti.

Semoga hubungan erat dan semangat perpaduan yang kita bina selama ini akan terus kekal demi masa depan Seremban Jaya yang lebih maju, harmoni dan sejahtera.

‘Rakyat Didahulukan, Kebajikan Diutamakan’.

Ikhlas daripada,

Dato’ P. Gunasekaren

Mantan ADUN Seremban Jaya N24

Show More

Related Articles

Back to top button