Tuanku Muhriz seru tingkatkan ekonomi dan pengetahuan umat Islam

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menyeru supaya perhatian serius diberikan terhadap usaha meningkatkan ekonomi dan ilmu pengetahuan umat Islam.
“Besarlah harapan Beta agar masjid dan surau dijadikan tempat untuk menyebarkan lagi syiar Islam.
“Ia bukan sekadar mendirikan solat, bahkan sebagai pusat perkembangan ilmu, penyebaran dakwah, pusat aktiviti sosial dan medan penyatuan ummah.
“Oleh itu, institusi masjid dan surau juga harus berperanan sebagai tempat atau lokasi penganjuran pelbagai program kemasyarakatan, sama ada dianjurkan oleh agensi kerajaan, swasta, pertubuhan atau persatuan,” titah Baginda.
Dalam pada itu, Baginda turut menyeru rakyat Negeri Sembilan untuk bersama-sama merebut peluang berinfak melalui Tabung Dana IMAN9 demi memastikan institusi masjid terus terpelihara, dimakmurkan dan menjadi pusat penyatuan ummah.
Baginda bertitah demikian di Perasmian Isitiadat Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri Ke-15.



