Berita

Tuanku Muhriz Titah Kurniaan Darjah Kebesaran Mohd Rais Yatim Ditarik Semula

 

SEREMBAN: Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, menitahkan penarikan balik kurniaan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S) kepada Tan Sri Dr. Mohd Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta.

Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) dikurniakan kepada Mohd Rais pada tahun 2001, manakala Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S) diterimanya pada tahun 1979.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Pendaftar Darjah Negeri Sembilan hari ini, keputusan tersebut dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Pendaftar Darjah Negeri Sembilan, Dato’ Mohd Zafir Ibrahim, bertarikh 30 Julai 2026.

Sehubungan itu, kedua-dua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Mohd Rais ditarik balik berkuat kuasa serta-merta selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Show More

Related Articles

Back to top button