SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menegur sikap sebahagian masyarakat yang membuang sampah di sungai.
“Mereka masih menggunakan sungai sebagai tempat paling mudah membuang sampah
“Perabot yang rosak dan minyak diesel pun buang dalam sungai.
“Buang sampah sarap dalam sungai dah menjadi perkara yang biasa khususnya mereka yang tinggal berdekatan dengan sungai,” katanya.
Aminuddin berkata, walau pun kerajaan membelanjakan puluhan juta ringgit untuk kempen sungai bersih, tetapi kesedaran di kalangan masyarakat sangat rendah.
“Saya sendiri banyak kali nampak orang buang sampah di sungai bersebelahan Pasar Besar Seremban.
“Bagi saya ini orang yang tak ada adab.
“Saya minta orang Negeri Sembilan ubah sikap ini,” ujar Aminuddin di Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri.