Berita

Ubahsuai bangunan tanpa kebenaran MPPD adalah satu kesalahan

Jabatan Kawalan Bangunan MPPD telah membuat lawatan tapak pada 31/12/2025 berkenaan kesalahan membuat struktur tambahan ubahsuai tanpa mendapat kebenaran dari pihak MPPD.

Pihak Jabatan Kawalan Bangunan telah mengeluarkan notis Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133), Seksyen 70(1) iaitu mengemukakan permohonan ke atas kerja-kerja tambahan ubahsuai yang dibuat tanpa kebenaran pihak MPPD, Pekan Chuah, Mukim Jimah.

Adalah diingatkan kepada semua pemilik rumah agar sentiasa mematuhi peraturan untuk mendapatkan kelulusan MPPD dan agensi berkaitan terlebih dahulu sebelum membina atau mendirikan apa-apa struktur demi mengelakkan sebarang masalah di masa hadapan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button