Berita

Veerapan sumbang RM11,500 kepada empat buah sekolah

REPAH: Empat sekolah dari DUN Gemencheh dan DUN Repah menerima sumbangan kewangan berjumlah RM11,500 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam.

“Saya menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada SJKT Ladang Regent, Sekolah Kebangsaan Bukit Jalor (RM2,000) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jalor (RM2,500) di DUN Gemencheh.

“Turut menerima sumbangan ialah SJKT Ladang Repah sebanyak RM2,000.

“Semoga sumbangan ini membantu pihak sekolah mengadakan program akademik dan ko-kurikulum di sekolah masing-masing,” ujar Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button