Berita
Veerapan sumbang RM4,000 kepada SJKT Tampin

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah telah memberikan sumbangan sebanyak RM4,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Tamping.
Veerapan berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pihak menjayakan program yang dirancang.
“Selain itu, ia adalah untuk kebaikan dan manfaat pelajar.
“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti demi pembangunan pelajar,” kata Veerapan.
Sumbangan tersebut diserahkan kepada Guru Besar SJKT Tampin, Encik N. Ravindran.



