Veerapan sumbang RM5,000 kepada SMK Tunku Besar Tampin

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamanian telaha memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM5,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Tampin.
Veerapan berkata, sumbangan tersebut bagi membantu menjayakan Program Hari Apresiasi Sekolah yang bakal diadakan tidak lama lagi.
“Inisiatif itu juga bertujuan untuk menghargai pencapaian para pelajar serta memberi motivasi kepada mereka untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.
“Saya amat yakin bahawa usaha menghargai pelajar seperti ini mampu membina sahsiah, keyakinan diri serta semangat daya saing yang sihat dalam kalangan generasi muda.
“Tahniah dan syabas kepada pihak sekolah atas komitmen yang berterusan dalam melahirkan pelajar cemerlang,” kata Veerapan.
Veerapan berkata demikian setelah menyampaikan cek sumbangan kepada Pengetua SMK Tunku Besar Tampin, Encik Hanafi di Pusat Khidmat DUN Repah.



