Zamrah lawat tapak monsun drain Kampung Bahagia Jiboi

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman telah turun padang bagi melawat tapak kerja ‘monsun drain’ di Kampung Bahagian Jiboi.
Tengku Zamrah berkata,lawatan tersebut bertujuan memberi ruang kepada penduduk untuk menyuarakan pengalaman dan cabaran yang dialami sepanjang pelaksanaan projek tersebut.
“Ini termasuk isu banjir kilat dan air sungai berhampiran yang melimpah memasuki kediaman penduduk sekitar.
“Sesi pertemuan ini juga adalah untuk mencari titik penyelesaian bersama agar kebajikan penduduk terpelihara dan semua pihak berpuas hati.
“”Projek ini juga dilaksanakan bagi mencegah kejadian banjir berulang serta mengurangkan beban penduduk setiap kali musim hujan berpanjangan dan ribut melanda,” kata Tengku Zamrah.
Tengku Zamrah juga berkata bahawa beliau membuka ruang sepenuhnya untuk penduduk meluahkan pandangan.
“Sebagai ADUN Ampangan, penduduk sekitar luahkan pandangan dan bekerjasama agar projek ini berjaya serta memberi manfaat kepada komuniti setempat,” ujar beliau lagi.



