Berita

Ziarah kasih cerminkan usaha dekati masyarakat: FAEZ

LABU: Penyelaras DUN labu, Dato’ Ahmad Faez Abdul Razak menyatakan bahawa program ziarah kasih yang diadakan di Kampung Tanjung mencerminkan usaha untuk mendekati masyarakat.

Faez berkata, dalam ziarah yang dilakukan beliau dapat bertanya khabar serta melihat sendiri keperluan serta cabaran yang dihadapi individu tersebut.

“Ia juga salah satu kaedah untuk memastikan hubungan erat antara pemimpin dengan masyarakat sekitar sentiasa terpelihara.

“Saya turut memberikan sumbangan barangan keperluan kepada mereka yang memerlukan.

“Semoga segala urusan penerima dipermudahkan dan mereka sentiasa dikurniakan kesihatan, kesejahteraan serta kehidupan yang lebih baik,” kata Faez.

Show More

Related Articles

Back to top button