BeritaMenarik

108 Komuniti MADANI ditubuhkan di Negeri Sembilan

TAMPIN: Timbalan Menteri Penerangan, Teo Nie Ching berkata, sebanyak 108 Komuniti MADANI telah ditubuhkan di Negeri Sembilan.

“Program JIWA Komuniti MADANI bertujuan menyantuni masyarakat setempat dengan maklumat, dasar, dan inisiatif kerajaan.

“Kesemua 108 Komuniti MADANI telah menerima geran pentadbiran RM3,000.

“Kementerian Penerangan berharap geran ini digunakan untuk menggerakkan komuniti demi kesejahteraan negara,” jelas beliau.

Teo berkata demikian di Majlis Perasmian Program Jiwa Komuniti Madani Tampin anjuran bersama Jabatan Penerangan Malaysia dan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tampin serta agensi-agensi kerajaan lain.

Dalam pada itu, Teo berkata, kerajaan juga telah melancarkan Program BUDI MADANI untuk memastikan subsidi disasarkan kepada golongan layak.

“Lebih 30,000 individu, petani dan pekebun kecil telah menerima bantuan subsidi tunai RM200 pada 10 Jun 2024,” ujarnya.

Teo bersama Ahli Parlimen Tampin, Dato’ Mohd Isam Mohd Isa dan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Julina Johari juga melawat Tapak Agro MADANI dan ‘booth’ pameran di program tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button