GEMENCHEH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar menyampaikan Bantuan Anak Sekolah (BAS) dan Biasiswa Anak Negeri (BAN) kepada 120 pelajar sekolah di Balai Raya Kampung Tengah.
“Seramai 49 pelajar menerima Bantuan Anak Sekolah, manakala 71 pelajar menerima Biasiswa Anak Negeri.
“Bantuan Anak Sekolah dapat meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak daripada keluarga yang berpendaoatan rendah.
“Biasiswa Anak Negeri (pelajar sekolah menengah) pula untuk pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang,” ujar Suhaimizan.
Suhaimizan berkata, pelajar yang layak disaring daripada keluarga yang berdaftar dengan sistem e-kasih dan ditapis oleh pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.
“Tahniah kepada penerima yang layak menerima bantuan sumbangan daripada Kerajaan Negeri.
“Gunakan bantuan kewangan ini sebagai satu kemudahan untuk membeli barangan keperluan persekolahan,” kata Suhaimizan.