Berita

Veerapan sumbang RM5,000 kepada SJKT Lobak

SEREMBAN: Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan, Veerapan Superamaniam telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM5,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lobak, Seremban.

Veerapan berkata, sumbangan tersebut adalah bagi membantu menjayakan program Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lobak.

“Aktiviti sukan adalah baik bagi memastikan para pelajar kekal aktif di samping dapat mengekalkan prestasi akademik.

“Makan makanan yang bernutrisi juga penting demi keseimbangan khasiat tubuh.

“Tahniah kepada pihak sekolah atas penganjuran kejohanan yang penuh meriah ini,” kata Veerapan.

Veerapan berkata demikian di Majlis Perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Lobak.

Show More

Related Articles

Back to top button