Berita

18 belia terima sumbangan perkahwinan daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Seramai 18 orang belia di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seremban Jaya yang baru melangsungkan perkahwinan menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, Dato’ Gunasekaren.

Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut diberikan menerusi inisiatif Belia Berkahwin yang bertujuan membantu pasangan belia yang baru mendirikan rumah tangga.
Menurutnya, di bawah inisiatif itu setiap penerima menerima bantuan kewangan sebanyak RM500.

“Dalam masa sama, saya turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada 18 orang pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Selain itu, bantuan kewangan sebanyak RM1,000 turut diberikan kepada sembilan individu yang menghidap penyakit kanser,” katanya.

Beliau berkata, keseluruhan sumbangan yang disampaikan dalam program tersebut melibatkan jumlah sebanyak RM33,500.

Tambahnya, pelaksanaan inisiatif berkenaan merupakan antara usaha membantu masyarakat khususnya dalam aspek pendidikan, kebajikan serta kesejahteraan rakyat di kawasan DUN Seremban Jaya.

“Semoga bantuan yang disampaikan ini dapat memberi sedikit kelegaan serta menjadi pembakar semangat kepada para penerima dalam meneruskan kehidupan dengan lebih baik,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button