Berita

22 Warga Emas Tionghua dapat ‘Angpau’ daripada Sufian

SERI MENANTI: Sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, seramai 22 warga emas dari kaum Cina mendapat ‘Ang pau’ daripada ADUN Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi.

“Saya berpeluang untuk menyampaikan Sumbangan Aspirasi Warga Emas untuk kaum Cina bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina.

“Seramai 22 orang warga emas telah menerima sumbangan ini dan saya berharap sumbangan ini memberikan keceriaan kepada semua penerima.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan yang memperkenalkan bantuan ini,” kata Muhammad Sufian.

Dalam pada itu, Muhammad Sufian menyerahkan sumbangan kewangan kepada Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Besar Burhanuddin untuk mengisi Tabung PIBG sekolah.

“Saya juga menyampaikan sumbangan kewangan kepada pengurusan Surau Taman Sri Terachi.

“Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada pihak penerima,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button