Berita
23 pertubuhan terima sumbangan kewangan daripada Teo

SEREMBAN: Sebanyak 23 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah menerima sumbangan kewangan daripada Exco Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, Teo Kok Seong.
Teo berkata, sumbangan tersebut adalah bagi membantu pihak perutubuhan menjalankan aktiviti mereka.
“Saya berharap agar sumbangan yang diberikan dapat digunakan sebaiknya dan memberi manfaat kepada rakyat setempat,” kata Teo.
Sumbangan tersebut diserahkan di Pejabat Exco Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam.