Berita

23 warga emas terima sumbangan daripada Suhaimizan

GEMENCHEH: Seramai 23 orang warga emas menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar.

Suhaimizan berkata, sumbangan tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Negeri menerusi Sumbangan Keceriaan Warga Emas bagi membantu meringankan beban golongan berkenaan.

Selain itu, seramai 14 pelajar yang melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi turut menerima sumbangan kewangan sebagai galakan dalam meneruskan pengajian.

Dalam masa yang sama, sebanyak 11 pasangan yang telah mendirikan rumah tangga juga menerima sumbangan kewangan.

“Semoga sumbangan yang disalurkan ini dapat memberi manfaat serta membantu meringankan beban penerima,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button