241 individu menerima bantuan kewangan RM160,400 daripada Jalaluddin
JELEBU: Ahli Parlimen Jelebu, Dato’ Seri Jalaluddin Alias menyerahkan bantuan kewangan kepada 241 individu dari Parlimen Jelebu dan DUN Pertang.
“Saya menyerahkan bantuan kepada 241 penerima meliputi bantuan pendidikan, perubatan, sara hidup, organisasi dan projek mesra rakyat.
“Seramai 127 bakal mahasiswa IPT menerima bantuan pendidikan, manakala 77 individu menerima bantuan perubatan.
“Sebanyak 19 keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan sara hidup dan selebihnya bantuan kepada organisasi/institusi dan projek mesra rakyat,” ujar Jalaluddin yang juga ADUN Pertang.
Jalaluddin berkata, beliau melalui Kerajaan Perpaduan akan terus istiqomah untuk memberi segala bentuk bantuan bagi kesejahteraan rakyat.
“Namun saya minta masyarakat di Parlimen Jelebu khususnya terus mengekalkan ikatan perpaduan dan persaudaraan antara kita.
“Jangan berbalah. Jangan bergaduh. Jangan mengadu domba. Kekalkan kehidupan yang harmoni dan tenang,” katanya.