Berita
26 pertubuhan terima sumbangan kewangan daripada Teo
SEREMBAN: Sebanyak 26 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sekitar Negeri Sembilan telah menerima sumbangan kewangan daripada Exco Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam, Teo Kok Seong.
Teo berkata, sumbangan tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM74,000.
“Saya berharap sumbangan yang diberikan ini dapat membantu pertubuhan untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan.
“Selain itu, saya juga berharap agar mereka dapat membantu untuk mempromosikan inisiatif yang telah dijalankan oleh Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan.
“Hal ini supaya lebih ramai rakyat negeri ini dapat menerima manfaat daripada inisiatif tersebut,” kata Teo.