27 penduduk kampung terima sumbangan benih pokok durian daripada Faizal

LINGGI: Seramai 27 penduduk Kampung Telok, Pasir Panjang telah menerima sumbangan benih pokok durian, cempedak, kelapa dan peralatan pertanian daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Dato’ Mohd Faizal Ramli.
“Sumbangan benih pokok buah-buahan dari Jabatan Pertanian Negeri Sembilan ini adalah untuk menggalakkan penduduk kampung menanam di halaman rumah mereka.
“Walaupun hujan lebat penduduk kampung yang terlibat tetap hadir untuk menerima sumbangan benih pokok buah-buahan ini menunjukkan minat untuk menanam pokok buah-buahan di kalangan penduduk kampung masih ada,” kata Faizal.
Dalam pada itu, Faizal sebagai ADUN Angkat DUN Bagan Pinang telah menghadiri Majlis Sukaneka Semarak Merdeka 2025 di Dewan Orang Ramai Bagan Pinang.
“Pelbagai aktiviti sukaneka telah diadakan sempena meraikan sambutan Hari Kemerdekaan.
“Tahniah kepada Wanita UMNO Bahagian Port Dickson di atas kejayaan penganjuran program ini.
“Sebelum itu saya telah ke pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang untuk bertemu penduduk tempatan bagi mendengar dan membantu menyelesaikan sebarang permasalahan atau pertolongan,” jelas Faizal.
Sementara itu, pada sebelah petang, Faizal telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Semarak SPM 2025 di Auditorium Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson.
“Seramai hampir 200 pelajar Tingkatan 5 dari 12 buah sekolah menengah di Port Dickson hadir ke program motivasi menjelang peperikasaan SPM tidak lama lagi.
“Tahniah saya ucapkan kepada Majlis Belia Daerah Port Dickson dan Pusat Tuisyen Teratak Ilmu Bangi yang turut mendapat sokongan dari Pejabat Pendidikan Daerah Port Dickson.
“Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penuh setiap program pendidikan yang dijalankan bagi memastikan generasi pelapis dapat ilmu yang sebaiknya,”