Berita

270 warga emas Cina terima sumbangan kewangan daripada Aminuddin

SIKAMAT: Seramai 270 orang warga emas kaum Cina DUN Sikamat telah menerima sumbangan kewangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, sumbangan kewangan tersebut adalah Bantuan Keceriaan Warga Emas yang merupakan salah satu insiiatif Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan.

“Ini merupakan fasa pertama penerima.

“Permohonan masih boleh dilakukan di laman sesawang n9digital.com atau melalui aplikasi N9 Digital.

“Saya berharap dengan sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan bebas serta membawa kegembiraan khususnya buat masyarakat Cina yang bakal menyambut Tahun Baru Cina tidak lama lagi,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button