BeritaMenarik

30 keluarga mangsa banjir terima peralatan elektrik daripada Adnan

KUALA PILAH: Seramai 28 Ketua Isi Rumah (KIR) dari Kampung Temeris dan dua KIR dari Felda Kepis menerima peralatan elektrik daripada Ahli Parlimen Kuala Pilah, Dato’ Adnan Abu Hassan.

“Sedia maklum 30 keluarga ini terkesan dengan kejadian banjir baru-baru ini.

“Banjir ini menyebabkan beberapa peralatan elektrik di rumah masing-masing rosak.

“Justeru itu, selain daripada sumbangan bantuan makanan, saya juga menyumbang peralatan elektrik seperti periuk nasi, pengisar (blender), thermos masak air panas, dapur gas dan kipas angin.

“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga-keluarga ini,” kata Adnan.

Dalam pada itu, Adnan turut menyerahkan dua unit ‘water jet’ kepada JPKK Kampung Temeris.

“Sumbangan ini diberikan bagi memudahkan urusan pembersihan rumah yang terjejas akibat banjir pada masa hadapan,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button