YB Kita

304 warga emas Tionghua terima ‘Ang Pau’ berjumlah RM60,800 daripada Mustapha

SERTING: Seramai 304 warga emas Tionghua di DUN Serting menerima Sumbangan Aspirasi Keceriaan Warga Emas 2026 yang telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Angkat DUN Serting, Dato’ Mustapha Nagoor (Pak Mus).

Program tersebut berlangsung di dua lokasi iaitu di Dewan Terbuka Mahsan yang melibatkan 109 penerima serta di Balai Orang Ramai, Ladang Geddes dengan 195 penerima. Secara keseluruhan, jumlah sumbangan yang disalurkan adalah sebanyak RM60,800.

“Sumbangan ini merupakan tanda ingatan dan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menghargai golongan warga emas sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Golongan warga emas merupakan aset penting masyarakat yang telah banyak menabur jasa dan pengorbanan dalam pembangunan negeri.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat menceriakan penerima menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga tersayang,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, inisiatif seumpama ini juga menjadi platform memperkukuh semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di DUN Serting.

Pak Mus turut menegaskan komitmennya untuk terus turun padang menyantuni rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang, selaras dengan aspirasi perpaduan dan kesejahteraan negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button