Berita
350 pelajar terima bantuan Back To School Sikamat
SIKAMAT: Seramai 350 orang pelajar daripada golongan kurang berkemampuan DUN Sikamat telah menerima sumbangan bantuan “Back To School” daripada Menteri Besar Negeri Sembilan.
Sumbangan tersebut merupakan inisiatif Pusat Khidmat DUN Sikamat untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan mempunyai peralatan menjelang pembukaan sekolah tidak lama lagi.
Program itu juga diadakan dengan kerjasama daripada syarikat Zulda Masri yang bertempat di Ampangan.