BeritaMenarik

39 keluarga mangsa banjir terima sumbangan kewangan daripada Faizal

LINGGI: Sebanyak 39 keluarga yang terlibat dengan kejadian banjir menerima sumbangan kewangan daripada ADUN Linggi, Dato’ Faizal Ramli.

“Saya telah menyampaikan Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada 39 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terkesan dengan kejadian banjir pada bulan Ogos yang lalu.

“Sumbangan ini diberikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) kerana mereka telah berdaftar dan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu PPS Permatang Pasir, PPS Sungai Raya dan PPS Tanjung Agas.

“Terima kasih juga kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKK) di atas sumbangan bakul makanan.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis dan JPKK kerana terkehadapan dalam menangani mangsa banjir yang terlibat secara langsung,” kata Faizal.

Dalam pada itu, Faizal juga menasihatkan masyarakat supaya jika berlaku sebarang bencana hendaklah terus menghubungi pihak berkaitan seperti ketua kampung, polis atau JPAM, bukannya menviralkannya dahulu di media sosial.

“Kita memerlukan maklumat yang lengkap dan tepat untuk membantu mangsa dengan segera,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button