BeritaMenarik

500 keluarga terima ‘Angpow’ bernilai RM50 ribu dari Veerapan

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam telah menyumbang ‘Angpow’ berjumlah RM50,000 kepada 50 keluarga Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina pada esok (Sabtu).

“Saya telah mengagihkan sumbangan Angpow bernilai RM100 kepada setiap 500 keluarga Tionghua yang kurang berkemampuan di DUN Repah.

“Selain itu saya juga mengagihkan sumbangan bakul makanan kepada warga emas berusia 70 tahun dan ke atas.

“Sumbangan ini merupakan komitmen berterusan daripada saya bagi mewujudkankan keceriaan dan kegembiraan di kalangan masyarakat Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina,” kata Veerapan yang juga Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button