53 ciri keselamatan dalam MyKad versi terbaru

PUTRAJAYA: Sebanyak 53 ciri keselamatan baharu didapati dalam versi terbaru MyKad berbanding hanya 23 ciri keselamatan pada MyKad sedia ada.
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Dato’ Badrul Hisham Alias menjelaskan bahawa ciri keselamatan baru yang diperkenalkan adalah turihan laser, ultraungu, holongram, guiloche, teks mikro, kod respon pantas (QR) bagi tujuan penguatkuasaan dan cip dengan tahap enkripsi yang dipertingkatkan.
“Ianya sudah pasti mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik daripada yang sedia ada.
“Di peringkat Jabatan Pendaftaran negara (JPN), kita telah bersedia bagi pelancaran yang akan diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila tiba masanya.
“Ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan keselamatan identiti rakyat selaras dengan perkembangan teknologi dan cabaran keselamatan semasa,” kata Badrul.
Selain itu, MyPoCA dan juga MyTentera akan ditampilkan dalam versi terbaru bulan depan.



