
PILAH: Seorang pelajar Tingkatan 5, Cik Azwadatul Afiqah yang mengidap kanser telah menerima sumbangan kewangan sebanyak RM1,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pilah, Dato’ Noorzunita Begum Mohd Ibrahim.
Noorzunita berkata, sumbangan tersebut adalah inisiatif kerajaan Negeri Sembilan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.
“Ia adalah sebagai tanda sokongan dan keprihatinan kepada pesakit kanser.
“Adik Azwadatul kini terpaksa bercuti sementara daripada sesi persekolahan kerana masalah kesihatan yang dihadapinya.
“Semoga adik Azwadatul terus diberika kekuatan, ketabahan dan dipermrudahakn urusan rawatan serta kembali sihat seperti sediakala.
“Doa seluruh masyarakat senetiasa mengiringi perjalanan adik cantik kita ini,” kata Noorzunita.



