Berita

Sistem eTANAH perkasa transformasi digital pentadbiran tanah

SEREMBAN: Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik (eTANAH) Negeri Sembilan adalah langkah besar dalam memperkasa transformasi digital pentadbiran tanah di Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, sistem tersebut adalah hasil kerjasama Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Sembilan dan pihak swasta.

“eTANAH ini dijangka mampu mempercepat urusan berkaitan tanah, mengurangkan kebergantungan kepada dokumen fizikal serta menjadikan pengurusan data tanah lebih sistematik, selamat dan mesra pengguna.

“Melalui pelaksanaan ini, Negeri Sembilan akan menjadi negeri ke-11 dalam melaksanakan sistem pentadbiran tanah elektronik sepenuhnya.

“Ia selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, telus dan berintegriti.

“InsyaAllah, usaha pendigitalan ini akan memberi manfaat besar kepada rakyat, agensi kerajaan serta sektor pelaburan dalam memastikan urusan berkaitan tanah dapat dilaksanakan dengan lebih pantas dan efisien,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Menandatangani Perjanjian Sistem Pentadbiran Tanah Elektronik (eTANAH) Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button