Berita

53 peserta terima anak pokok buah daripada Jabatan Pertanian

TAMPIN: Seramai 53 peserta telah menerima agihan pokok-pokok buah-buahan daripada Pejabat Pertanian Daerah Tampin di Kampung Pasir Besar, Gemas.

ADUN Angkat DUN Gemas, Dato’ Mohd Isam Mohd Isa yang menyempurnakan program ini berkata, peserta diberi taklimat tentang panduan penanaman dan pengurusan pokok buah-buahan.

“Pokok-pokok seperti durian, manggis, rambutan, cempedak dan kuini telah diagihkan dengan harapan dapat dimanfaatkan oleh semua.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

“Jangan lupa tanam dengan penuh kasih sayang dan jaga pokok anda dengan baik.

“Dah berbuah jangan lupakan saya,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button