Berita
56 orang warga emas terima sumbangan kewangan
SENALING: Seramai 56 warga emas telah menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling, Dato’ Ismail Lasim.
Ismail berkata, sumbangan tersebut merupakan Bantuan Keceriaan Warga Emas yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.
“Bantuan ini juga merupakan salah satu inisiatif di bawah Aspirasi Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan.
“Dalam pada itu, saya juga turut menyerahkan sumbangan kepada dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Za’aba,” kata Ismail.