Berita

74 warga emas dan 21 pengantin baharu terima sumbangan kewangan daripada Faez

LABU: Seramai 111 individu daripada DUN Labu menerima sumbangan kewangan daripada Penyelaras DUN Labu, Ahmad Faez Abdul Razak.

Ahmad Faez berkata, seramai 74 warga emas yang menerima sumbangan RM200 setiap seorang di bawah inisiatif sumbangan Keceriaan Warga Emas.

“Manakala seramai 21 pengantin baharu yang masing-masing menerima bantuan kewangan sebanyak RM500 seorang menerusi inisiatif Bantuan Belia Berkahwin.

“Sementara itu 16 pelajar yang melanjutkan pengajian ke institut pengajian tinggi turut menerima insentif kewangan mengikut kursus masing-masing.

“Saya berharap agar program ini diteruskan supaya dapat memberi manfaat kepada lebih ramai penerima inisiatif pada masa akan datang.

“Saya percaya Kerajaan Negeri sentiasa cakna dan prihatin dengan perihal rakyat, bermula dari generasi yang baru lahir hinggalah ke peringkat warga emas.

“Melalui inisiatif-inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri ini, saya yakin rakyat di Negeri Sembilan tidak akan melepaskan peluang untuk memperolehinya, sekali gus akan mengekalkan pentadbiran Negeri Sembilan di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan,” kata Ahmad Faez.

Show More

Related Articles

Back to top button