YB Kita

75 pelajar sekolah menengah terima bantuan RM41,250 daripada Razi

SUNGAI LUI: Seramai 75 pelajar sekolah menengah dari DUN Sungai Lui telah menerima bantuan kewangan berjumlah RM41,250 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, Dato’ Mohd Razi Mohd Ali.

“Bantuan ini adalah untuk pelajar sekolah menengah dari keluarga yang kurang berkemampuan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pendidikan.

“Setiap pelajar yang layak menerima RM550 setahun.

“Pelajar ini dipilih daripada keluarga yang berdaftar dengan e-kasih (Jabatan Kebajikan Masyarakat) dan ditapis oleh pihak sekolah serta Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.

“Tahniah kepada para penerima BAN, semoga terus cemerlang dalam pelajaran dan menjadi aset negeri serta negara,” kata Mohd Razi.

Dalam pada itu, Mohd Razi turut menyerahkan sumbangan kewangan kepada kepada 10 buah sekolah dari DUN Sungai Lui.

“Sumbangan kepada PIBG pula diharap dapat membantu kelangsungan aktiviti pendidikan dan kebajikan sekolah.

“Terima kasih kepada wakil Pejabat Pendidiakn Daerah Jempol dan Jelebu serta para guru yang berkesempatan hadir di program ini.

“Kita teruskan usaha bersama demi pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat,” ulas Mohd Razi.

Show More

Related Articles

Back to top button