Berita
80 mangsa banjir terima bantuan daripada Parlimen Port Dickson
PORT DICKSON: Sebanyak 80 buah rumah yang terjejas teruk akibat banjir di Port Dickson telah menerima bantuan daripada Parlimen Port Dickson.
Pegawai Pusat Khidmat Parlimen Port Dickson, Encik Muhd Ezam berkata, sumbangan tersebut diberikan dalam bentuk baucar yang boleh digunakan di pasaraya ‘Speedmart 99’.
“Mereka boleh membeli barangan keperluan sementara sebelum rumah mereka dibersihkan semula.
“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban mereka,” kata Muhd Ezam.
Sumbangan itu telah diserahkan melalui Pegawai Pusat Khidmat Parlimen Port Dickson, Encik Muhd Ezam.