BeritaMenarik

8,000 orang dapat manfaat Mantai Rayo 2024

SEREMBAN: Program Mantai Rayo 2024 yang menawarkan jualan daging lembu lebih murah daripada harga pasaran memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 8,000 umat Islam di Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, ini adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri untuk membantu umat Islam sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Setiap Pemantai yang mengambil bahagian di dalam program ini perlu menjual daging pejal segar pada kadar harga RM36.00 sekilogram.

“Kerajaan Negeri Sembilan memberi bayaran insentif dalam bentuk wang tunai sebanyak RM3.00 bagi setiap kilogram daging pejal segar yang terjual.

“Secara keseluruhannya sebanyak 16,000 kilogram daging dijual dan ini bermakna setiap 16 DUN diperuntukkan 1,000 kilogram daging.

“Setiap pembeli dibenarkan membeli maksimum 2 kilogram daging pejal sahaja dan dianggarkan sekurang-kurangnya 8,000 orang akan menerima manfaat daripada program ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian dan Walkabout Mantai Rayo 2024 di Perkarangan Masjid Sikamat.

Show More

Related Articles

Back to top button