Berita

800,000 kenderaan dijangka masuk Negeri Sembilan sempena Tahun Baharu Cina

SENAWANG: Sebanyak 800,000 kenderaan dijangka memasuki Negeri Sembilan sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina sekali gus berpotensi menyebabkan kesesakan di beberapa laluan utama di negeri ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata peningkatan mendadak jumlah trafik itu melibatkan beberapa daerah termasuk Senawang dan Seremban selain Nilai, Kuala Pilah, Port Dickson, Rembau serta Tampin.

“Antara lokasi dikenal pasti sebagai ‘hotspot’ ialah Jalan Rasah, Plaza Tol Senawang (PLUS), lampu isyarat Seremban Gateway, Plaza Tol Labu dan bulatan Bukit Setul”katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi arahan anggota bertugas bagi memastikan kelancaran trafik sepanjang tempoh perayaan.

Dalam pada itu, orang ramai turut digalakkan menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dengan mengisi Borang Balik Kampung secara dalam talian bagi membantu pemantauan keselamatan kediaman yang ditinggalkan.

Sumber gambar : BERNAMA

Show More

Related Articles

Back to top button