BeritaMenarik

92 pemohon terima Rumah Mampu Milik Taman Cassia, Bahau

BAHAU: Seramai 92 pemohon yang layak telah menerima surat tawaran pembelian Rumah Teres Mampu Milik berkeluasan 20 x 60 kaki daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun di Taman Cassia.

Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J.Arul Kumar berkata, Pemaju Landas Bumi Sdn Bhd telah membangunkan projek perumahan di tanah seluas 150 ekar dengan pembinaan lebih kurang 1,000 buah rumah.

“Daripada jumlah rumah tersebut pemaju perlu membina 232 unit rumah Type A berharga RM80,000 atau 20 peratus daripada jumlah unit yang dibina dalam projek tersebut.

“Untuk fasa pertama pemaju sedang membina 116 unit rumah Type A.

“Selepas tapisan kepada setiap permohonan oleh Bahagian Perumahan, seramai 92 orang telah menerima surat tawaran.

“Ini adalah intervensi Kerajaan Negeri Sembilan berdasarkan Dasar Perumahan Negeri Sembilan untuk memastikan rumah Type A ini hanya dijual kepada pemohon yang layak sahaja walaupun ia adalah projek syarikat swasta,” kata Arul Kumar.

Menurut Arul Kumar, dalam lima tahun lepas Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan Kebenaran Merancang (KM) kepada hampir 11,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) Type A di seluruh Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button