Berita

AEAN fleksibel tangani tarif AS

KUALA LUMPUR: ASEAN mengambil langkah fleksibel bagi menangani isu tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Presiden Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA), Tan Sri Johari Abdul berkata, satu kata sepakat dicapai bagi menghadapai isu tersebut tanpa menjejaskan kedaulatan setiap negara anggota.

“Daripada maklumat yang diperoleh, terdapat pendekatan keolektif dalam kalangan negara ASEAN untuk menavigasi cabaran yang ditimbulkan itu.

“Keputusan tersebut diambil setelah pemipin-pemimpin ASEAN bermesyuarat dan mencapau satu bentuk persefahaman bersama.

“Dalam pada itu, beberapa negara ASEAN lain termasuk Malaysia dan Vietnam telah mengadakan perbincangan secara terus dengan pentadbiran Trump.

“Saya percaya negara lain juga turut berbuat demikian,” kata Johari.

Johari turut tambah, rundingan yang dilakukan kemungkinan menyumbang kepada keputusan Amerika Syarikat untuk menangguhkan pelaksanaan tarif selama kira-kira 90 hari.

Show More

Related Articles

Back to top button