Akar umbi nadi perjuangan

SEREMBAN: Naib Presiden Keadilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menekankan pentingnya mendekati dan menyantuni anggota Keadilan di peringkat akar umbi.
“Akar umbi adalah nadi perjuangan. Maka penting untuk mereka difahamkan secara jelas tentang pendirian dan dasar parti agar KEADILAN terus menjadi wadah yang mendengar, memahami dan menyelesaikan permasalahan masyarakat.
“Kepimpinan parti di semua peringkat pula harus kekal bersatu. Jangan sesekali melihat sesama anggota sebagai musuh.
“Perbezaan harus ditangani dengan hikmah demi matlamat yang sama iaitu memperjuangkan agenda rakyat.
“Kini masanya untuk memperhebat gerak kerja, memperkukuh keanggotaan parti dan menyemarakkan semangat perjuangan demi masa depan rakyat dan negara.
“Bersama kita terus melangkah, demi Malaysia yang lebih adil dan sejahtera,” kata Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian di Seminar Pemantapan Organisasi dan Jelajah Presiden Parti Keadilan Rakyat di Klana Resort, Seremban.
Seminar ini padat dengan taklimat dan pencerahan tentang isu-isu semasa, hala tuju perjuangan serta pengukuhan semangat dan kekuatan parti.
Dalam pada itu, Presiden Keadilan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan beliau menegaskan bahawa dasar dan perjuangan KEADILAN kekal berpaksikan rakyat.
“Setiap usaha di peringkat negeri mahupun persekutuan mesti digembleng untuk membela rakyat, menangani tekanan kos sara hidup dan mencari penyelesaian yang mampan serta berkesan.
“Pemilihan parti sudah pun selesai, kini kita perlu move on, kita mesti bersatu padu demi perjuangan parti,” ujar Anwar.
Pertemuan ini padat dengan taklimat dan pencerahan tentang isu-isu semasa, hala tuju perjuangan serta pengukuhan semangat dan kekuatan parti.